Kuala Lumpur: Peniaga kedai makan berdepan kejadian tidak diduga apabila ular tedung muncul di dapur kedai yang dinaiki air.

Menceritakan detik cemas itu, Muhammad Shazlly Sulaiman, 34, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan pekerja sedang menguruskan dapur yang ditenggelami air sebelum reptilia berbisa itu muncul.

Peniaga di Jalan Balai Raya, Kampung Bukit Hijau, Jeram, itu berkata, dia sememangnya bimbang sekiranya haiwan berbisa lain seperti lipan masuk ke kedai makannya, bagaimanapun terpaksa mengambil risiko dan menguruskan kedai seperti biasa.

"Saya tak pernah terbayang ular tedung akan masuk disebabkan banjir termenung sejak berniaga di sini hampir setahun.