Adly Zahari pernah menerajui kerajaan Melaka dari Mei 2018 hingga Mac 2020, sebelum pentadbirannya tumbang susulan perubahan sokongan beberapa Adun.MELAKA: Bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari gagal mempertahankan kerusi DUN Bukit Katil yang disandangnya selama dua penggal selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Ridzuan Sarif, pada PRN Melaka.
Menurut keputusan tidak rasmi, Ridzuan daripada PAS memperoleh 10,624 undi menewaskan Adly daripada Pakatan Harapan (PH) yang meraih 5,655 undi.
Kerusi itu turut ditandingi calon bebas Abu Bakar Sabudin dan Aliza Che Amran (Bersama).
Kekalahan itu menamatkan penguasaan Adly di Bukit Katil sejak 2018, sekali gus menyaksikan PH kehilangan antara kerusi pentingnya di Melaka.










