SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) kehilangan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila Parti Amanah Negara (Amanah) gagal mempertahankan kerusi Bukit Katil yang dimenanginya pada pilihan raya sebelum ini.Penyandang kerusi berkenaan, Adly Zahari yang juga Pengerusi PH Melaka, memperoleh 8,382 undi berdasarkan keputusan semasa setakat jam 9 malam.Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Ridzuan Sari yang meraih 14,815 undi.Dalam perkembangan sama, DAP berjaya mengekalkan empat kerusi yang dimenanginya pada PRN terdahulu iaitu Ayer Keroh menerusi Kerk Chee Yee, Kesidang (Allex Seah Shoo Chin), Kota Laksamana (Low Chee Leong) dan Bandar Hilir (Leng Chau Yen).Sementara itu, kesemua sembilan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di bawah tiket PH turut gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN kali ini.
[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Adly tewas di Bukit Katil, PH kehilangan satu kerusi

Key takeaways
Pakatan Harapan kehilangan satu kerusi DUN Melaka selepas Adly Zahari tewas kepada Ridzuan Sari dalam pilihan raya negeri.
- Adly Zahari kalah dengan 8,382 undi kepada Ridzuan Sari yang meraih 14,815 undi.
- DAP mengekalkan empat kerusi yang dimenanginya sebelum ini.
- Semua calon PKR di bawah PH gagal memenangi kerusi dalam PRN Melaka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian [KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Adly tewas di Bukit Katil, PH kehilangan satu kerusi (this story)
- Free Malaysia Today Pemenang dan yang tewas PRN Melaka
- Utusan Malaysia Bersatu ada sokongan walaupun tewas PRN Melaka








