PETALING JAYA – Satu hantaran ringkas di Facebook Najib Razak mengandungi empat patah perkataan sebentar tadi mencuri tumpuan netizen sehingga mengundang pelbagai reaksi serta usikan di ruangan komen.
Berdasarkan tinjauan pada akaun milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu, status yang dimuat naik sekitar jam 9.20 malam tadi pantas meraih lebih 25,000 tanda suka, 2,900 komen serta 1,200 perkongsian dalam tempoh sejam.
Meninjau di ruangan komen, pengendali akaun berkenaan turut meninggalkan komen balas ringkas bagi menjawab persoalan netizen.
Rata-rata pengguna media sosial dilihat terhibur dengan hantaran berkenaa, malah ramai yang mengaitkannya dengan perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang sedang berlangsung malam ini.








