KUALA LUMPUR: Pemimpin politik DAP, AMANAH dan Majlis Peguam perlu meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika ada kekeliruan berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong serta pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Perdana Menteri ada membawa dan memasukkan permohonan pengampunan bagi bekas Perdana Menteri itu ke dalam agenda Mesyuarat Lembaga Pengampunan dalam sesi Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024.
"Inilah perangai sebenar mereka dan ini bukan kali pertama bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Tony dan konco DAP mencetuskan hasutan serta kontroversi melibatkan institusi diraja.









