SHAH ALAM - Amanah yang diberikan kepada wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu dibalas dengan khidmat dan bukannya sekadar janji.Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, semua wakil rakyat yang dipilih perlu terus mendengar suara serta memahami keresahan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik."BN turut menghargai semangat kebersamaan dan kerjasama yang terbentuk dengan Perikatan Nasional (PN) sepanjang PRN kali ini."BN akan terus memperjuangkan politik kesederhanaan, memperkukuh perpaduan dan menjadikan kestabilan sebagai asas kemajuan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.BN dan PN menguasai 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berdasarkan keputusan tidak rasmi PRN Melaka setakat ini.BN yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menguasai 21 kerusi, manakala PN di bawah Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, memperoleh tiga kerusiDalam pada itu, Zambry menegaskan, BN menerima mandat tersebut dengan penuh kesyukuran dan rendah hati sambil menyifatkan kemenangan itu bukan pengakhiran perjuangan, sebaliknya permulaan kepada tanggungjawab lebih besar."Ucapan tahniah dan penghargaan kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh atas kepimpinan beliau menerajui BN Melaka serta keupayaan menyatukan kekuatan parti dan menggembleng seluruh jentera pilihan raya."Kepercayaan rakyat mesti diterjemahkan melalui pentadbiran berkesan, pembangunan inklusif dan pembelaan berterusan terhadap kebajikan rakyat," ujarnya.
Wakil rakyat perlu balas amanah dengan khidmat, bukan janji - Zambry

Key takeaways
Zambry menekankan keperluan wakil rakyat memberi khidmat, bukan hanya janji, serta memperkukuh perpaduan dan kestabilan.
- Wakil rakyat perlu balas amanah dengan khidmat, bukan janji.
- BN dan PN menguasai 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka.
- Zambry mengucapkan tahniah kepada Ab Rauf Yusoh atas kepimpinan BN Melaka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Tuduhan berat, wakil rakyat Bersatu kata label ‘dajal’ jejas usaha perpaduan
- Free Malaysia Today Wakil rakyat BN gesa siasat kelewatan pelaksanaan tahanan rumah Najib
- Sinar Harian Wakil rakyat perlu balas amanah dengan khidmat, bukan janji - Zambry (this story)








