Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia memperkenalkan Aprilia RS 457 GP Replica, edisi khas berinspirasikan jentera MotoGP Aprilia RS-GP sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026.

Model berkenaan diperkenalkan secara rasmi pada acara berkenaan dengan pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi, diberi penghormatan untuk menyempurnakan sesi pratonton.

RS 457 GP Replica menampilkan kemasan hitam yang menggabungkan permukaan gloss dan matte, selain grafik berkonsepkan perlumbaan yang menyerlahkan imej agresif motosikal berkenaan.

Penampilannya turut diperkemaskan dengan komponen aluminium berkemasan gelap pada bahagian kerangka, lengan ayun dan plat stereng memberikan sentuhan lebih premium serta sporty.