Kati Ferry berkata peraturan yang konsisten, tenaga kerja mahir dan bekalan tenaga yang stabil penting untuk menarik pelaburan jangka panjang dari Eropah.PETALING JAYA: Syarikat Eropah dalam sektor tenaga, pusat data dan semikonduktor sedang meninjau peluang mengembangkan operasi ke Sarawak, selain di Semenanjung Malaysia, menurut EuroCham Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kati Ferry berkata pihaknya mahu memperkukuh kerjasama dengan Sarawak, terutama dalam usaha negeri itu menjadi hab tenaga dan membangunkan industri hijau.

“Kami mahu menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Sarawak kerana melihat negeri itu sangat progresif, bukan sahaja sebagai hab tenaga tetapi juga dalam pembangunan industri hijau,” katanya kepada FMT.