BANGKOK – Penyanyi Aina Abdul memohon maaf kerana tidak berjaya memenuhi harapan rakyat Malaysia untuk muncul juara Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, malam tadi.

Aina yang menduduki tempat keempat dengan kutipan 152 markah mengakui sedar ramai peminat dan rakyat Malaysia meletakkan harapan tinggi untuk melihatnya mengungguli pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, kemenangan menjadi milik wakil Filipina, Carmelle yang mengumpul 211 markah, sekali gus mengatasi 10 peserta lain.

Menerusi perkongsian di akaun Threads TV3, Aina berkata, dia yakin sudah memberikan persembahan terbaik dan menganggap penyertaannya dalam pertandingan itu sebagai antara pengalaman paling bermakna sepanjang perjalanan kerjaya seninya.