BANGKOK: Penyanyi Aina Abdul memohon maaf tidak dapat memenuhi harapan rakyat Malaysia untuk mengungguli Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand, malam tadi.
Aina yang menduduki tempat keempat dengan 152 markah mengakui sedar ramai peminat dan rakyat Malaysia meletakkan harapan tinggi untuk melihatnya menjuarai pertandingan itu.
Bagaimanapun, kemenangan menjadi milik wakil Filipina, Carmelle yang mengumpul 211 markah, mengatasi 10 peserta lain.
Menerusi perkongsian di akaun Threads TV3, Aina berkata, dia yakin sudah memberi persembahan terbaik dan menganggap pengalaman menyertai pertandingan berkenaan sebagai antara perjalanan paling bermakna dalam kerjaya seninya.










