Kuala Kubu Bharu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir kejadian kepala air di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak dekat sini, terpaksa dihentikan sementara berikutan hujan lebat.

​Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, SAR dihentikan sejak 1 tengah hari tadi.

​"Operasi SAR berhenti sebentar kerana cuaca hujan sejak 1 tengah hari tadi dan sehingga sekarang belum berhenti. Buat masa ini hanya pemantauan dari tebing dan jambatan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

​Terdahulu, media melaporkan, 43 anggota daripada pelbagai agensi meneruskan operasi SAR mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Luit.