KUALA LUMPUR: Penyerang skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Fahim Akmal Zulkarnain tidak menganggap dirinya wira selepas meledak gol kemenangan pada lewat permainan ketika menewaskan Singapura 2-1, malam tadi.

Jaringannya pada minit ke-89 dalam aksi kedua Kumpulan E di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu menyelamatkan Malaysia daripada tersingkir awal bagi perebutan tiket ke Piala Asia B-17 2027.

Fahim menyifatkan kemenangan itu adalah hasil daripada kerja keras berpasukan yang mengekalkan semangat juang tinggi hingga wisel penamat.

"Pertahanan Singapura agak kuat, namun kami menggunakan kelebihan yang ada iaitu kepantasan kami untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan.