Kuala Lumpur: Konsert Ruang Nyaman Fest 2026 di Megastar Arena, di sini, malam tadi menyaksikan detik penuh emosi apabila dua penyanyi Indonesia, Idgitaf dan Pusakata memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berikutan pelbagai isu yang berlaku di negara mereka.
Idgitaf atau nama sebenarnya Brigitta Sriulina Beru Meliala, 25, menzahirkan rasa tanggungjawab untuk mewakili suara rakyat negaranya dalam menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat di Malaysia.
"Sebenarnya mungkin saya hanya segelintir manusia dari sekian banyak makhluk di Indonesia, tetapi saya benar-benar mahu meminta maaf kepada anda semua atas segala yang terjadi di Indonesia.
"Saya mempunyai tanggungjawab untuk meminta maaf kepada anda semua dalam apa pun masalah yang terjadi.








