KUALA LUMPUR: OSK Property menerusi pembangunan NARA di Shorea Park mencatatkan skor kualiti QLASSIC sebanyak 84 peratus, sekali gus mencerminkan pencapaian memberangsangkan dari segi mutu kerja pembinaan ketika projek itu menuju ke arah penyempurnaan menjelang akhir 2026.

QLASSIC atau Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan ialah penilaian industri yang mengukur mutu kerja pembinaan bagi bangunan yang telah siap berdasarkan piawaian pembinaan yang ditetapkan.

Bagi pembeli rumah, skor berkenaan memberikan jaminan tambahan terhadap kualiti kediaman yang bakal diserahkan.

Dengan baki unit yang terhad untuk dijual, NARA di Shorea Park menawarkan peluang kepada pembeli rumah yang mencari kediaman hampir siap, selain disokong pakej jualan menarik bagi unit terpilih.