KUALA LUMPUR: Penyertaan siri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 seterusnya dijangka meningkat dengan pembukaan beberapa kem latihan tahun hadapan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ketika ini kerja pembaikan kem lain sedang berjalan dan jumlah penyertaan pelatih dijangka terus bertambah mengikut perancangan sebaik kerja pembaikan terbabit siap sepenuhnya.
"Tahun ini kita ada lapan (kem latihan) dan pada tahun hadapan, Kem Gemas akan dibuka untuk PLKN menjadikan keseluruhannya sembilan (kem latihan)," katanya pada sidang media di Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) di Kem Askar Wataniah 515, hari ini.
Pada hari ini, 1,899 pelatih menyertai Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 4/2026 di seluruh negara di semua kem yang terbabit dengan PLKN 3.0 selepas mengharungi latihan 45 hari, hari ini.









