MBSB Research berkata, institusi asing mencatatkan jualan bersih pada tiga daripada empat hari dagangan.
Key takeaways
Institusi asing mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM270.2 juta di Bursa Malaysia, menamatkan dua minggu aliran masuk. Sektor teknologi mencatatkan aliran keluar terbesar, manakala pembinaan merekodkan aliran masuk tertinggi.
- Aliran keluar tertinggi institusi asing berlaku pada Selasa sebanyak RM184.1 juta.
- Sektor pembinaan merekodkan aliran masuk bersih asing tertinggi sebanyak RM123 juta.
- Institusi tempatan mencatat aliran keluar bersih RM56 juta untuk minggu ketiga berturut-turut.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Institusi asing kembali menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia selepas menamatkan aliran masuk bersih selama dua minggu berturut-turut, dengan merekodkan aliran keluar bersih sebanyak RM270.2 juta sepanjang minggu dagangan yang dilaporkan.
MBSB Research berkata, institusi asing mencatatkan jualan bersih pada tiga daripada empat hari dagangan.
Katanya, aliran keluar tertinggi direkodkan pada Selasa sebanyak RM184.1 juta, diikuti Khamis sebanyak RM149.6 juta dan Rabu sebanyak RM21.5 juta.
“Bagaimanapun, aliran masuk bersih sebanyak RM84.9 juta dicatatkan pada Jumaat, menjadi satu-satunya hari institusi asing merekodkan pembelian bersih sepanjang minggu berkenaan,” katanya dalam nota penyelidikan.