Mukhriz Mahathir memohon untuk batal notis taksiran cukai tambahan yang dikeluarkan terhadapnya bagi 2017, 2018 dan 2019.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Mukhriz Mahathir untuk mencabar taksiran cukai tambahan hampir RM5 juta yang dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim Azizan Arshad berkata, mahkamah bersetuju dengan LHDN bahawa pertikaian itu perlu diputuskan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) terlebih dahulu memandangkan Mukhriz telah memfailkan rayuan kepada badan itu.
"Tiada keadaan luar biasa yang mewajarkan semakan kehakiman ini. Oleh itu, mahkamah mendapati permohonan ini penyalahgunaan proses mahkamah," katanya ketika membacakan keputusan hari ini.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGerakanChanCheeHowappointedTerengganuadun2026111602_613347.png&w=480&output=webp&q=85&we)