BANGI - Seramai 7,997 sukarelawan digerakkan bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027, sekali gus memastikan bantuan kepada mangsa banjir dapat disalurkan dengan lebih pantas dan teratur.Persediaan itu turut melibatkan tiga bot operasi, kenderaan pacuan empat roda (4WD), van serta jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.Timbalan Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi berkata, kesiapsiagaan menghadapi bencana perlu dibina lebih awal melalui perancangan, latihan dan penyelarasan berterusan."Apabila banjir berlaku, masa merupakan faktor sangat kritikal. Setiap minit boleh memberi kesan kepada keselamatan dan kehidupan mangsa yang terjejas."Justeru, kita perlu memastikan pasukan, aset dan sistem penyelarasan bantuan sudah bersedia sebelum bencana berlaku," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Bantuan Bencana Banjir MTL 2026/2027 di sini.Pengalaman menghadapi musim tengkujuh sebelumnya turut menjadi asas kepada persediaan lebih menyeluruh apabila sebanyak 122 misi bantuan dilaksanakan sepanjang MTL 2025/2026.Operasi berkenaan membabitkan peruntukan RM1.4 juta dan memberi manfaat kepada 93,550 mangsa bencana di lapan negeri.Bagi menghadapi musim baharu, kekuatan sukarelawan dan aset logistik diperkukuh bagi menyokong pergerakan pasukan serta penghantaran bantuan, terutama ke kawasan yang sukar diakses melalui jalan darat.Selain itu, kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerusi inisiatif Civil Defence Auxiliary – Emergency Response Team (CDA-ERT) turut membabitkan latihan dan pendedahan pengurusan bencana kepada 228 sukarelawan.Mereka menerima latihan berkaitan pengurusan bencana, pertolongan cemas dan tindak balas kecemasan sebagai persediaan menghadapi operasi di kawasan berisiko tinggi.Syafiq berkata, pelaksanaan bantuan akan memberi tumpuan kepada tiga fasa utama iaitu sebelum, semasa dan selepas bencana bagi memastikan keperluan mangsa dapat ditangani secara berperingkat.Sebelum banjir, persediaan merangkumi latihan sukarelawan, pemeriksaan aset dan pengenalpastian kawasan berisiko, manakala ketika bencana bantuan kecemasan, makanan serta barangan keperluan asas akan disalurkan kepada mangsa termasuk di pusat pemindahan sementara (PPS).Selepas banjir surut, usaha pemulihan diteruskan melalui bantuan keperluan asas, pembersihan rumah dan kawasan terjejas serta sokongan kepada keluarga bagi membolehkan mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa."Pengurusan bencana bukan usaha yang boleh dilaksanakan oleh satu pihak sahaja. Kerjasama dengan APM, agensi kerajaan, NGO, pihak korporat dan pemimpin komuniti amat penting supaya setiap pihak dapat menyumbang berdasarkan kemampuan serta kepakaran masing-masing," katanya.Beliau berkata, aspek keselamatan turut diberi perhatian dengan memastikan sukarelawan mempunyai pengetahuan, kemahiran dan disiplin bersesuaian sebelum menyertai operasi, khususnya tugasan berisik
7,997 sukarelawan Yayasan Ikhlas siap siaga hadapi banjir

Key takeaways
7,997 sukarelawan Yayasan Ikhlas bersiap sedia menghadapi banjir dengan bantuan bot, kenderaan dan kerjasama agensi.
- 7,997 sukarelawan disiapkan untuk bantuan banjir 2026/2027.
- Operasi melibatkan bot, kenderaan 4WD dan kerjasama NGO serta kerajaan.
- RM1.4 juta disediakan untuk bantuan 93,550 mangsa banjir dalam MTL 2025/2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian 7,997 sukarelawan Yayasan Ikhlas siap siaga hadapi banjir (this story)
- Utusan Malaysia Yayasan Ikhlas siapkan 8,000 sukarelawan hadapi banjir









