KUALA LUMPUR: Kejayaan Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan membawa perpaduan yang lebih besar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sesiapa pun (parti politik) boleh menyertai usaha itu yang sekali gus menyatu padu rakyat dalam kalangan pelbagai kaum.

Beliau bersyukur dengan kemenangan yang diterima pada PRN Melaka itu yang membuktikan perpaduan gabungan dua parti itu mampu membuahkan hasil yang baik.

"Kita bersyukur. Dah menang tak ada apa-apa nak komenlah. Kita bersyukur dan matlamat kita ialah untuk membawa perpaduan yang lebih besar.