Ada sesuatu yang lebih membimbangkan daripada kekalahan dalam pilihan raya iaitu apabila parti politik tidak lagi memahami mengapa rakyat menolak mereka.
Keputusan PRN Melaka bukan sekadar kemenangan Barisan Nasional-Perikatan Nasional atau kekalahan Pakatan Harapan. Ia memperlihatkan sebuah negara yang semakin terbahagi mengikut garis politik dan identiti kaum.
Lebih membimbangkan, masing-masing meraikan kekuatan sendiri tanpa menyedari kelemahan yang sedang membesar.
Pada PRN Melaka 2021, PH memperoleh 114,457 undi atau sekitar 35.8%. Pada 2026, jumlahnya meningkat kepada 143,273 undi, tetapi peratusan merosot kepada 29.3%.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGerakanChanCheeHowappointedTerengganuadun2026111602_613347.png&w=480&output=webp&q=85&we)