MELAKA - Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, menurut keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Pakatan Harapan (PH) memenangi empat kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi.Selain itu, beliau berkata, sebanyak 493,573 pengundi atau 71.77 peratus daripada keseluruhan pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN kali ini."Jumlah tersebut meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos," katanya ketika mengumumkan keputusan rasmi PRN Melaka ke-16 di Menara Persekutuan Melaka, di sini malam ini.Keputusan itu menyaksikan gabungan BN-PN memperoleh 24 kerusi, melepasi jumlah 19 kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga.Sementara itu, Ramlan merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pihak berkuasa tempatan, media dan sukarelawan atas kerjasama serta bantuan sepanjang berlangsungnya PRN berkenaan.Dapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16 menerusi https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/. - Bernama
PRN Melaka: BN menang 21 kerusi, PH 4 dan PN 3 - Pengerusi SPR

Key takeaways
BN menang 21 kerusi DUN, PH 4 dan PN 3 dalam PRN Melaka ke-16, menurut SPR.
- BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN.
- PH memperoleh empat kerusi, manakala PN tiga kerusi.
- 493,573 pengundi menyertai PRN, iaitu 71.77 peratus daripada jumlah pengundi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian PRN Melaka: SPR umum BN-PN menang 24 kerusi, PH 4 DUN
- Sinar Harian PRN Melaka: BN menang 21 kerusi, PH 4 dan PN 3 - Pengerusi SPR (this story)









