Colombo: Sri Lanka memberi kebenaran kepada pengeluar dari China, EHang untuk memulakan ujian pesawat teksi udara elektrik dua tempat duduk tanpa juruterbang, menurut pengumuman pihak berkuasa pada Rabu ketika demonstrasi penerbangan di Colombo.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sri Lanka berkata, lesen sudah diberikan kepada syarikat itu bagi menguji pesawat yang mempunyai keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak.
Pesawat EH216-S itu diperagakan menerusi penerbangan singkat di Colombo dengan membawa Menteri Pelabuhan dan Penerbangan, Anura Karunathilaka serta timbalannya, Janitha Ruwan Kodithuwakku sebagai penumpang pertama.
Kodithuwakku berkata, Sri Lanka turut menyertai persaingan membabitkan lebih sedozen negara untuk memperkenalkan perkhidmatan dron penumpang.








