KOTA TINGGI: "Ayah ada luah hasrat berniaga makanan selepas bersara. Namun ia tidak kesampaian."
Itu kata Amirul Hakim Jorari, 30, anak kepada Sarjan Jorari Jusoh, 58, yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52.8 Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) berhampiran Desaru, di sini, awal pagi tadi.
Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, bapanya meluahkan hasrat memulakan perniagaan bersama ibu tirinya, Yuli Helmiyati Mohd Salleh, 51 selepas menamatkan perkhidmatan dua tahun lagi.
"Sebelum ini, ayah selalu menghantar dan mengambil ibu berniaga di festival makanan termasuk di luar Johor.








