Kota Tinggi: "Ayah ada luah hasrat berniaga makanan selepas bersara. Namun ia tidak kesampaian," kata Amirul Hakim Jorari, 30, anak kepada Sarjan Jorari Jusoh, 58, yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52.8, Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) berhampiran Desaru, di sini, awal pagi tadi.
Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, bapanya meluahkan hasrat memulakan perniagaan bersama ibu tirinya, Yuli Helmiyati Mohd Salleh, 51, selepas menamatkan perkhidmatan dua tahun lagi.
"Sebelum ini, ayah selalu menghantar dan mengambil ibu yang berniaga di festival makanan termasuk di luar Johor.
"Malah ketika insiden berlaku, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Senggarang, Batu Pahat selepas hari terakhir ibu berniaga di festival makanan di Bandar Penawar," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini, hari ini.








