Pegawai Kementerian Kesihatan menemui seorang wanita tidak berdaftar sedang melakukan imbasan intraoral terhadap seorang pesakit ketika pemeriksaan dijalankan di klinik itu pada Mei 2024. (Gambar Magnific)PETALING JAYA: Seorang doktor gigi didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana mengambil seorang wanita tidak berkelayakan untuk menjalankan amalan pergigian serta membenarkannya melakukan prosedur pergigian.
Hakim Noor Ruzilawati Mohd Noor menjatuhkan denda itu selepas mendapati Tong Soo Huan, 37, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Tong akan dipenjara 13 bulan jika gagal membayar denda itu. Beliau didakwa pada 10 Jan lalu mengikut Seksyen 68 dan 69(a) Akta Pergigian.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGerakanChanCheeHowappointedTerengganuadun2026111602_613347.png&w=480&output=webp&q=85&we)