ALOR SETAR: Bermula dengan kunjungan ke Taman Pertanian Lagud Seberang, Tenom, Sabah pada 2005, bunga orkid kini menjadi subjek utama yang mewarnai perjalanan seni seorang pelukis selama lebih dua dekad.

Bagi Mohd Zulwawi Hashim, pengalaman melihat keindahan dan keunikan bunga orkid bersama isterinya, Intan Nur Hasni Taharin, membuatnya jatuh cinta dengan tumbuhan itu untuk diabadikan dalam bentuk lukisan.

Dari situlah lahirnya puluhan karya seni yang kini dihimpunkan dalam pameran solo dengan tema 'Orkid Mencari Jodoh' yang berlangsung di Balai Seni Negeri Kedah bermula 30 Ogos hingga 30 Disember ini.

Pameran itu dirasmikan oleh Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri pada 4 November lalu.