KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 27 tahun yang positif dadah ditahan selepas dikesan memandu kereta disyaki klon di Kampung Bukit Lakota, Jeli, semalam.Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, lelaki itu ditahan kira-kira 12 tengah hari oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang menjalankan rondaan cegah jenayah.Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati nombor casis dan enjin kereta Honda Integra itu tidak mempunyai rekod pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain nombor pendaftaran disyaki palsu."Kenderaan itu dirampas sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Jeli untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine selain mempunyai 13 rekod berkaitan jenayah dan narkotik.Kes disiasat mengikut Seksyen 108(3)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Dalam kes berasingan, Kamarulzaman berkata, polis turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai menerima bayaran untuk membawa seorang lelaki warga Uzbekistan dari Ipoh, Perak ke Kota Bharu.Beliau berkata, kedua-dua individu itu ditahan kira-kira 12.30 tengah malam semalam selepas kereta Nissan Almera dinaiki mereka diperiksa anggota Balai Polis Batu Melintang, Jeli, ketika rondaan cegah jenayah."Penumpang warga Uzbekistan itu memiliki Pas Khas yang telah tamat tempoh, manakala pemandu mengakui beberapa kali membawa warga asing dari Ipoh ke Kelantan dengan menerima bayaran," katanya.Kamarulzaman berkata, warga asing itu yang bekerja sebagai buruh binaan telah menetap di Malaysia kira-kira tiga tahun.Kes disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.- Bernama
Polis tahan lelaki positif dadah pandu kereta klon

Key takeaways
Seorang lelaki positif dadah ditahan kerana memandu kereta disyaki klon di Jeli. Kenderaan dirampas untuk siasatan lanjut.
- Lelaki berusia 27 tahun positif methamphetamine ditahan semasa memandu kereta klon.
- Kereta Honda Integra tidak mempunyai rekod pendaftaran JPJ dan nombor pendaftaran disyaki palsu.
- Polis juga menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai membawa warga Uzbekistan dari Ipoh ke Kota Bharu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by The Sun , Berita Harian
Story details
- Published
- Updated
- November 16, 2026 at 10:17 PM GMT+8
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Lelaki sering mengamuk di tempat awam positif dadah
- Berita Harian Lelaki positif dadah ditahan pandu kereta klon.
- Sinar Harian Polis tahan lelaki positif dadah pandu kereta klon (this story)







