Itu luahan yang sering kita dengar daripada mangsa penipuan dalam talian.

Ada yang kehilangan wang persaraan, simpanan pendidikan anak, malah hasil titik peluh bertahun-tahun bekerja.

Lebih menyedihkan, ramai mangsa terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk profesional, pesara, usahawan, penjawat awam dan juga pelajar.

Persoalannya, mengapa masyarakat masih mudah terpedaya sedangkan kempen kesedaran mengenai scam semakin giat dijalankan? Jawapannya mudah, tetapi sukar diterima.