CACAT penglihatan bukan penghalang buat Loh Boon Keat menguasai teknologi maklumat (IT).
Keberanian mencuba dan belajar sendiri membawanya meneroka dunia digital yang selama ini dianggap sukar dicapai orang kurang upaya (OKU) penglihatan.
Loh Boon, 26, yang memeluk Islam pada 17 Oktober 2016 itu memiliki pendengaran tajam dan kepekaan deria sentuh terutama ketika menggunakan jari-jemarinya pada papan kekunci komputer atau skrin telefon pintar.
Dia pantas memahami teknologi, gemar mencuba pelbagai fungsi gajet dan tidak mudah mengalah apabila tersilap.









