NIBONG TEBAL: Belum sempat selesai membersihkan rumah selepas dilanda banjir Rabu lalu, penduduk Kampung Sethu, Su­ngai Jawi di sini sekali lagi diuji apabila kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat berte­rusan sejak petang semalam.

Lebih membimbangkan, air naik dengan cepat sehingga menyebabkan penduduk terpaksa menyelamatkan barangan pen­ting dan membawa ahli keluarga ke tempat lebih selamat bagi me­ngelakkan kejadian tidak diingini.

Seorang penduduk, Nadia Abdullah, 35, berkata, air mula memasuki rumahnya sekitar pukul 9 hingga 10 malam semalam ketika hujan lebat berterusan sejak petang.

Menurutnya, paras air di da­lam rumah mencecah paras lutut manakala kawasan hadapan kediaman yang lebih rendah di­tenggelami air sehingga paras dada dan leher.