JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menggagalkan dua cubaan menyeludup emas seberat 21.8 kilogram (kg) bernilai lebih AS$2.7 juta (RM11 juta) menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Syamsudin Noor di Banjarbaru, wilayah Kalimantan Selatan dalam tempoh seminggu, lapor saluran berita Jakarta Globe.

Ketua Pengarah Direktorat Jeneral Kastam dan Eksais Indonesia, Djaka Budhi Utama berkata, rampasan itu dilakukan susulan analisis risikan terhadap pergerakan penumpang, khususnya melibatkan mereka yang bersiap sedia untuk berlepas ke Malaysia.

Menurutnya, pegawai kastam memintas penghantaran berkenaan dengan kerjasama pihak berkuasa lapangan terbang sebelum ia sempat dibawa keluar dari wilayah Indonesia.