KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 181,750 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM6.95 bilion dengan jenayah telekomunikasi mencatat jumlah kes tertinggi bagi tempoh 2023 hingga Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak 34,495 kes direkodkan pada 2023, manakala 35,368 kes pada 2024, 66,204 kes pada 2025 dan 45,683 kes lagi bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Beliau berkata, secara keseluruhan bagi tempoh berkenaan, jenayah telekomunikasi mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 69,195 kes, diikuti jenayah e-Dagang, 47,221 kes, manakala love scam merekodkan jumlah kes paling rendah iaitu 3,540 kes.