WASHINGTON: Naib Presiden, Amerika Syarikat (AS), JD Vance berikrar konflik antara AS dan Iran yang bermula susulan serangan Presiden Donald Trump awal tahun ini tidak akan berpanjangan sehingga menjadi perang tanpa penghujung.

Memetik laporan New York Post, dalam temu bual bersama Laura Ingraham daripada Fox News, Vance berkata, Trump tidak akan membiarkan konflik itu berlarutan dan akan menamatkannya sebelum mereka berdua meninggalkan jawatan masing-masing.

"Kami sudah berjanji kepada rakyat Amerika bahawa kami tidak akan terlibat dalam perang yang berpanjangan," katanya dalam petikan awal temu bual menerusi program The Ingraham Angle yang akan disiarkan malam Isnin.

Beliau berkata, Trump mengambil keputusan untuk memusnahkan program nuklear Iran kerana menganggapnya sebagai ancaman kepada AS.