KUALA LUMPUR: Dakwaan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mencatatkan defisit operasi tahunan kira-kira RM400,000 perlu disokong penyata kewangan beraudit bagi menjelaskan kedudukan kewangan bangunan berkenaan.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, berkata rakyat berhak tahu sama ada angka berkenaan merujuk kepada operasi bangunan atau keseluruhan persatuan.
Beliau berkata, persoalan yang dibangkitkan adalah mudah iaitu mengapa premium untuk tempoh 99 tahun yang dinilai pada RM4.67 juta dikurangkan kepada RM1,000.
"KLSCAH dikatakan mencatat defisit RM400,000 setahun. Kalau angka itu dijadikan alasan untuk mengurangkan premium, tunjukkan penyata kewangan beraudit. Rakyat berhak tahu sama ada angka itu merujuk kepada operasi bangunan atau keseluruhan persatuan.









