SHAH ALAM - Hak pembangunan komersial yang sebenarnya dilepaskan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dipersoalkan susulan pengurangan premium pembaharuan pajakan tanahnya daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara itu perlu diperjelaskan memandangkan bangunan KLSCAH sudah berstatus warisan sejak 2007, sedangkan penukaran kegunaan tanah kepada institusi dikemukakan sebagai antara alasan pengurangan premium berkenaan."KLSCAH juga dikatakan rela menukar status tanah kepada institusi dan melepaskan potensi membina kondominium atau pusat beli-belah."Bangunan itu sudah berstatus warisan sejak 2007. Jadi, apakah hak pembangunan yang masih ada sebelum pertukaran status itu, dan apakah yang sebenarnya dilepaskan?" soalnya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Terdahulu, selepas menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO dan Pas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh tampil menjelaskan faktor keputusan kerajaan menetapkan premium tanah KLSCAH pada kadar RM1,000.Hannah menjelaskan bahawa kadar berkenaan mengambil kira persetujuan KLSCAH menukar status tanah kepada kegunaan institusi, sekali gus melepaskan potensi pembangunan komersial seperti kondominium dan pusat beli-belah.Muhamad Akmal turut mempersoalkan mengapa KLSCAH mahu meneruskan pajakan tanah selama 99 tahun sekiranya bangunan berkenaan benar-benar mengalami defisit operasi RM400,000 setahun dan dikatakan tidak mempunyai nilai komersial.Beliau juga menuntut Hannah menjelaskan asas kerajaan bersetuju menetapkan premium pembaharuan pajakan pada kadar RM1,000."Kalau operasi bangunan itu benar-benar defisit RM400,000 setahun dan tanah itu dikatakan tiada nilai komersial, kenapa KLSCAH mahu terus memegangnya selama 99 tahun lagi?"Dan atas asas apa kerajaan bersetuju menetapkan premiumnya pada RM1,000?" soalnya lagi.Pada masa sama, Muhamad Akmal meminta kerajaan mengemukakan penyata kewangan beraudit KLSCAH susulan penjelasan bahawa institusi berkenaan mencatat defisit operasi tahunan kira-kira RM400,000.Menurutnya, rakyat berhak mengetahui sama ada angka tersebut merujuk kepada operasi bangunan atau keseluruhan persatuan sekiranya ia dijadikan alasan untuk mengurangkan premium tanah."Kalau angka itu dijadikan alasan untuk mengurangkan premium, tunjukkan penyata kewangan beraudit. Rakyat berhak tahu sama ada angka itu merujuk kepada operasi bangunan atau keseluruhan persatuan."Kalau tujuan kerajaan ialah memelihara warisan, adakah kerajaan menilai pilihan untuk mengambil alih bangunan itu, menjaganya dan membuka akses percuma kepada orang ramai?" ujarnya.Beliau turut mempertahankan tindakan membangkitkan isu penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan menegaskan bahawa persoalan sebenar ialah pertimbangan kerajaan dalam memberikan kelonggaran kewangan.Kata beliau, rakyat memahami perbezaan antara premium tanah dengan sewa rumah, namun mahu mengetahui kewajaran
'KLSCAH sudah berstatus warisan, hak pembangunan apa dilepaskan?' - Akmal Saleh

Key takeaways
Ketua Pemuda UMNO mempersoalkan pengurangan premium pembaharuan pajakan tanah KLSCAH kepada RM1,000 kerana bangunan itu sudah berstatus warisan sejak 2007, sekali gus mempertikaikan hak pembangunan komersial yang dikatakan dilepaskan.
- Premium pembaharuan pajakan tanah KLSCAH dikurangkan daripada RM4.67 juta kepada RM1,000.
- Bangunan KLSCAH telah berstatus warisan sejak tahun 2007.
- KLSCAH dikatakan melepaskan potensi pembangunan kondominium dan pusat beli-belah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- RAIHAM MOHD SANUSI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Tanah KLSCAH sudah tiada nilai komersial - Hannah Yeoh
- Utusan Malaysia Premium RM1,000 KLSCAH bagi kekalkan bangunan warisan – Hannah
- Sinar Harian 'KLSCAH sudah berstatus warisan, hak pembangunan apa dilepaskan?' - Akmal Saleh (this story)








