PETALING JAYA: PAS mungkin parti dengan jumlah kerusi terbanyak di Parlimen, tetapi keengganannya menamakan calon perdana menteri menunjukkan masih ada persoalan mengenai siapa yang mampu mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin negara, kata penganalisis.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata keraguan itu menunjukkan PAS belum cukup yakin untuk mengetengahkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon utama menerajui Putrajaya.
Katanya, persoalan itu bukan sekadar mengenai individu tertentu, sebaliknya mencerminkan cabaran kepimpinan lebih besar yang dihadapi parti Islam berkenaan.





