KOTA BHARU - Sebuah lori yang ditinggalkan di kawasan lapang di Kampung Tok Dokang di sini mengundang perhatian Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas pemeriksaan menemukan lebih tiga juta batang rokok putih tidak bercukai bernilai RM5.6 juta pada Selasa.Rampasan menerusi Op Taring Wawasan itu turut melibatkan sebuah lori jenis Isuzu berwarna hijau yang dianggarkan bernilai RM180,000, menjadikan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM5.81 juta.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 7.30 pagi oleh Strike Force Kompeni B Batalion 7 PGA Kuantan dengan bantuan anggota Risik Batalion 7 PGA dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kota Bharu.Menurutnya, tindakan itu dilakukan hasil maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai sebelum pasukan operasi menjalankan pemantauan selama kira-kira tujuh jam di lokasi berkenaan."Pasukan mengesan sebuah lori yang ditinggalkan di kawasan lapang dan melakukan pemerhatian sebelum pemeriksaan dibuat apabila tiada individu datang menghampiri atau mengambil kenderaan terbabit."Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori menemukan sejumlah bungkusan guni berwarna hijau mengandungi lebih 3.01 juta batang rokok putih," katanya kepada pemberita pada Rabu.Beliau berkata, kesemua rokok serta lori berkenaan dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut.Katanya, hasil semakan mendapati lori itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat berpangkalan di Lunas, Kedah, manakala pemeriksaan melalui aplikasi MCAD tidak menemukan sebarang rekod lampau berkaitan kenderaan berkenaan."Tiada tangkapan dibuat dalam operasi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967."Rampasan akan diserahkan kepada JKDM untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.
Lori terbiar rupanya bawa rokok RM5.6 juta

Key takeaways
Lori yang ditinggalkan di Kampung Tok Dokang mengandungi 3.01 juta batang rokok putih bernilai RM5.6 juta.
- Rampasan melibatkan lori Isuzu bernilai RM180,000 dan rokok tidak bercukai bernilai RM5.6 juta.
- Serbuan dilakukan selepas maklumat tentang aktiviti penyeludupan rokok.
- Rokok dan lori dirampas dan dibawa ke IPD Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian 'Saya ingat bunyi lori pasir, rupanya tangki air pecah'
- Sinar Harian Lori terbiar rupanya bawa rokok RM5.6 juta (this story)
- Berita Harian Rokok seludup RM5.8 juta ditemukan dalam lori tepi jalan





