Yeo Bee Yin berkata pusat data boleh disiapkan dalam tempoh satu hingga dua tahun, berbanding loji janakuasa gas yang memerlukan empat hingga tujuh tahun. (Gambar EPA Images)KUALA LUMPUR: Pertumbuhan pesat pusat data menimbulkan kebimbangan mengenai kemampuan bekalan elektrik negara menampung peningkatan permintaan, terutama ketika pembinaan loji janakuasa baharu mengambil masa lebih panjang.

Yeo Bee Yin (PH-Puchong) berkata perkembangan pusat data, elektrifikasi sektor pengangkutan dan peralihan tenaga industri berpotensi memberi tekanan kepada grid elektrik negara.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menjelaskan margin rizab bekalan elektrik terkini di Semenanjung Malaysia, mengambil kira jurang masa antara pembinaan pusat data dan loji janakuasa baharu.