PETALING JAYA: Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) mengukuhkan kedudukannya dalam industri pembangunan hartanah apabila disenaraikan dalam kelompok 10 pemaju terbaik menerusi The Edge Malaysia Top Property Developers Award (TPDA) 2026.
Pengiktirafan itu ketika kumpulan berkenaan meraikan ulang tahun ke-30 penubuhannya, sekali gus mencerminkan perjalanan syarikat dalam membangunkan projek perbandaran dan kediaman di beberapa pasaran utama negara.
Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts, Kelvin Lee berkata, pengiktirafan berkenaan menjadi dorongan kepada kumpulan untuk meneruskan pertumbuhan perniagaan serta meneroka peluang baharu dalam industri hartanah.
Katanya, sepanjang tiga dekad beroperasi, kumpulan itu terus memberi tumpuan kepada pembangunan kediaman berkualiti dan komuniti yang mampu menyokong pertumbuhan jangka panjang.









