JAKARTA – Tindakan seorang lelaki yang cuba bergurau dengan menyalakan pemetik api ketika rakannya sedang mengisi minyak petrol di sebuah kedai di Indonesia telah menyebabkan tercetusnya kebakaran, lapor saluran berita Radar Kediri.

Tindakan tersebut telah menyebabkan motosikal milik rakannya itu terbakar.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.15 pagi (waktu tempatan) itu bermula apabila seorang pelanggan sedang mengisi minyak ke dalam motosikalnya.

Berdasarkan rakaman yang tular, rakan kepada pelanggan terbabit menghampiri kawasan berkenaan untuk menawarkan rokok sambil menyalakan pemetik api.