KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, terus memperkukuh perancangan pembangunannya bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026.

Segmen pembangunan hartanah kekal sebagai penyumbang utama kepada prestasi kumpulan, disokong oleh peningkatan sumbangan daripada segmen pembinaan dan perdagangan.

Bagi suku yang dikaji, LBS mencatat hasil sebanyak RM324.7 juta, keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM34 juta, manakala keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) sebanyak RM16.6 juta.

Segmen pembangunan hartanah kekal menyumbang hasil sebanyak RM268.6 juta dan PBT sebanyak RM28.3 juta.