KUALA LUMPUR: Saiz syarikat bukan satu-satunya penentu dalam menilai pembida bagi cadangan transaksi membabitkan Boustead Plantations Bhd (BPlant), kata Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pengurus dana berkenaan berkata, penilaian dibuat berdasarkan keupayaan dan komitmen setiap pembida, termasuk kemampuan mendapatkan pembiayaan serta kesesuaian strategik.
Komitmen jangka panjang pembida terhadap pihak berkepentingan, khususnya anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran dan keluarga mereka, turut menjadi pertimbangan.
Penjelasan itu dibuat susulan laporan media mengenai cadangan transaksi membabitkan syarikat perladangan berkenaan yang mencetuskan persoalan mengenai asas pemilihan pembida.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F12%2F29c4b7eedab52a8243ffeffd3bfe2e70.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
