Seremban: Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata beliau dan pejabatnya tidak menerima atau mendapat sebarang maklumat berhubung surat peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar.
Beliau berkata, Ismail yang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Juasseh juga tidak pernah menyampaikan kepadanya mengenai hasrat untuk melepaskan jawatan.
"Saya tidak mendapat maklumat berhubung Datuk Ismail Lasim hendak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, malah tidak juga melihat sebarang surat berhubung perkara itu yang dikatakan beliau hantar kepada pihak istana.
"Saya hanya mengetahui perkembangan mengenai peletakan jawatan itu menerusi media sosial pada malam 16 November lalu.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F12%2F29c4b7eedab52a8243ffeffd3bfe2e70.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)