PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron memanggil mesyuarat krisis pada Selasa malam bagi membincangkan kekacauan terkini susulan protes semakin meluas berhubung keadaan sekolah di Perancis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media.
Perdana Menteri Sebastien Lecornu, Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez dan Menteri Pendidikan Edouard Geffray dijangka menghadiri mesyuarat itu, menurut penyiar BFMTV serta akhbar Le Monde dan Le Parisien.
Macron setakat ini tidak terlibat dalam tindak balas kerajaan terhadap protes sekolah yang bermula seminggu lepas.







