KUALA LUMPUR: U Mobile mencapai 90 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk (CoPA) seluruh negara, sembilan bulan lebih awal daripada sasaran Julai 2027, sekali gus mempercepatkan peluasan rangkaian ULTRA5G kepada rakyat Malaysia.
Pencapaian itu diumumkan pada satu majlis yang disempurnakan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, kelmarin.
Ia menjadi satu lagi pencapaian penting dalam pelaksanaan rangkaian ULTRA5G U Mobile selepas syarikat telekomunikasi itu melepasi 80 peratus CoPA pada Mac 2026, kurang sembilan bulan selepas pelancaran rangkaian dan lebih tiga bulan lebih awal daripada sasaran Julai 2026.
U Mobile memulakan pelaksanaan rangkaian 5G pada Julai 2025 dengan dua sasaran utama iaitu mencapai 80 peratus CoPA dalam tempoh 12 bulan pertama dan 90 peratus CoPA menjelang Julai 2027.








