JOHOR BAHRU: Kejadian tembakan membabitkan anggota polis dan orang awam dikesan berlaku di Jalan Gertak Merah berhampiran Zoo Johor, di sini tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan bakal mengadakan sidang media, esok.
"Saya sahkan berlaku tembakan membabitkan anggota polis dan mangsa orang awam yang cedera.
"Siasatan di tempat kejadian masih dijalankan," katanya.
Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati kereta yang dipercayai dipandu mangsa dalam insiden itu masih berada di kawasan berkenaan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)