ULAANBAATAR: Sekurang-kurangnya 754 penampakan beruang dilaporkan di seluruh Mongolia sejak musim bunga tahun ini, menurut Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Khamis, lapor Xinhua.
Daripada jumlah itu, 24 penampakan dilaporkan di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia, menurut kementerian berkenaan.
Lebih 80 peratus daripada kes yang dilaporkan membabitkan anak beruang atau beruang betina bersama anaknya.
Angka itu dikeluarkan susulan serangan beruang di Ulaanbaatar antara malam Rabu dan awal Khamis lalu yang mengorbankan seorang lelaki berusia 40-an, manakala seorang wanita berusia 50-an cedera parah.
Peningkatan mendadak penampakan beruang di kawasan kediaman dan sekitarnya di seluruh Mongolia mendorong pihak berkuasa mengingatkan penduduk supaya terus berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko terserempak dengan haiwan berkenaan.








