am@hmetro.com.my

Mersing: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor mengesahkan ada menerima aduan berkaitan kelibat harimau di Ladang Aramijaya di Jemaluang, di sini.

Timbalan Pengarah PERHILITAN Johor Mohd Firrdhaus Mahmood berkata, kawasan berkenaan terletak bersebelahan dengan hutan Ulu Sedili dan lokasi berkenaan merupakan antara kawasan rayau haiwan berkenaan.

"Selepas aduan diterima baru-baru ini, PERHILITAN memasang kamera bagi memantau pergerakan harimau.

"PERHILITAN juga meletakkan perangkap untuk menangkap haiwan terbabit," katanya ketika dihubungi.