KUALA LUMPUR: Segala usaha yang dilakukan kerajaan sebelum ini untuk memajukan negara sudah mula dirasai oleh rakyat menerusi peningkatan kualiti hidup, kawalan kos sara hidup yang lebih berkesan serta pelbagai kemudahan yang ditawarkan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata indikator kukuh seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) hampir enam peratus pada suku kedua, kadar pengangguran yang merosot ke paras sekitar tiga peratus dan inflasi yang terkawal pada 1.9 peratus menjadi bukti bahawa strategi 'menaikkan siling' Ekonomi MADANI mula membuahkan hasil.
"Alhamdulillah kita sudah nampak perkembangan ekonomi yang semakin kuat. Apa penting, setiap yang dirancangkan oleh kerajaan sudah berjaya diusahakan.









