KUALA LUMPUR: Pakej sokongan bernilai kira-kira RM160 juta untuk penggerak sektor e-hailing dan p-hailing diumumkan Belanjawan 2027, khususnya bantuan kos insurans kenderaan, berpotensi meringankan beban kos operasi serta meningkatkan pendapatan bersih goolongan itu yang berdepan peningkatan kos insurans sejak kebelakangan ini.

Persatuan Rakan Grab Malaysia (PRGM) yang mewakili lebih 20,000 ahli di seluruh negara, dalam satu kenyataan berkata, isu kenaikan premium insurans antara perkara terawal dibangkitkan dalam sesi perbincangan dan libat urus bersama Grab Malaysia sejak penubuhannya bulan lalu.

"Bantuan kos insurans menerusi Belanjawan 2027 adalah satu perkembangan yang amat dialu-alukan dan berpotensi memberikan kelegaan yang lebih bermakna kepada ribuan rakan pemandu e-hailing di seluruh negara," kata kenyataan itu.